Wednesday, June 17, 2009


Mata sudah terasa ngantuk,selalunya jam 1 petang selepas solat Zohor mesti nak tidur walaupun barang 10 minit begitu..tapi hari ini kesempatan untuk tidur itu dikesampingkan kerana kesibukan tugas.

Minggu ini memang minggu minggu yang penuh dengan tugas,tugasan pejabat dan tugasan sebagai 'orang kampung'.

Telah masuk hari ke3 dalam minggu ini urusan berkaitan kerosakan sabah shell di bukit x ditangani,walaupun belum 100% beres,namun saya boleh bernafas lega kerana dengan bantuan rakan rakan dari Kota Kinabalu..masalah itu telah menjadi ringan!

Malam esok kami akan mengadakan majlis taqarub bersama ustaz Jafran dengan kerjasama pihak JASA Kota Belud,terima kasih kepada sdra Padli Abdul kerana memberi ruang kepada kami di kampung Taun Gusi Peningting mengadakan majlis ini.

Hari Sabtu pula saya akan mengadakan mesyuarat pembentukan AJK majlis bersama pemimpin yang dijangka akan dilangsungkan pada 27 Jun ini.

Pengisian program ini nanti ialah seminar usahawan muda dengan memberi tumpuan kepada golongan belia di sekitar kawasan DUN Tempasuk,mereka akan didedahkan dengan peluang peluang yang disediakan oleh badan badan seperti MARA,Jabatan Pertanian,Jabatan Belia untuk meningkatkan sosio ekonomi golongan ini.

Kepada sdra Ramlan Hj Hassan,mantan Pengerusi PERISAI KB saya rakamkan rasa terima kasih kerana turutsama menjayakan program ini,dah lama tak pekena teh tarik degan beliau ini..bila lagi?...kita jumpa lain waktu ok!

Monday, June 15, 2009


Salam sejahtera...apa khabar orang kampung?...hanya dua minggu lagi bulan julai akan menjelang tiba..musim menuai padi akan bermula lagi di kelompok 3 kg.Taun Gusi Peninting..masih adakah sikap seliu liu itu?..kalau pun ada,tentu tidak sama semangatnya seperti di tahun tahun 70/80 an..masih lagi terbayang betapa meriahnya suasana seliu liu pada masa tersebut,seawal dari 7 pagi hingga ke tengah malam,malah hingga ke jam 3 pagi!..semangat kerja berpasukan @ selu liu dilakukan untuk menyelesaikan tugas sebagai seorang petani di tengah sawah!...

Hari ini saya berbangga kerana anak jati kampung Taun Gusi,yang juga anak seorang petani telah dinobatkan sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah..segunung harapan rakyat agar beliau berjaya mengangkat taraf kehidupan para petani khususnya di daerah Kota Belud ini!!!...semoga YB ini menggunakan setiap kesempatan dan ruang,laluilah setiap 'sibor'dan kenali masalah dan jalan penyelesaiannya...biarlah setiap derapan langkahnya sama detik dengan nadi kehidupan rakyat yang diwakilinya!..kepada denakan YB ini serangkap pantun dari saya..


Di pinggir sawah melakar kata

Ampun dan maaf terkasar bahasa

Nasib petani jangan dilupa

Kerana merekalah makanan tersedia!


selamat berjuang..sampai jumpa lagi..