Monday, June 15, 2009


Salam sejahtera...apa khabar orang kampung?...hanya dua minggu lagi bulan julai akan menjelang tiba..musim menuai padi akan bermula lagi di kelompok 3 kg.Taun Gusi Peninting..masih adakah sikap seliu liu itu?..kalau pun ada,tentu tidak sama semangatnya seperti di tahun tahun 70/80 an..masih lagi terbayang betapa meriahnya suasana seliu liu pada masa tersebut,seawal dari 7 pagi hingga ke tengah malam,malah hingga ke jam 3 pagi!..semangat kerja berpasukan @ selu liu dilakukan untuk menyelesaikan tugas sebagai seorang petani di tengah sawah!...

Hari ini saya berbangga kerana anak jati kampung Taun Gusi,yang juga anak seorang petani telah dinobatkan sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah..segunung harapan rakyat agar beliau berjaya mengangkat taraf kehidupan para petani khususnya di daerah Kota Belud ini!!!...semoga YB ini menggunakan setiap kesempatan dan ruang,laluilah setiap 'sibor'dan kenali masalah dan jalan penyelesaiannya...biarlah setiap derapan langkahnya sama detik dengan nadi kehidupan rakyat yang diwakilinya!..kepada denakan YB ini serangkap pantun dari saya..


Di pinggir sawah melakar kata

Ampun dan maaf terkasar bahasa

Nasib petani jangan dilupa

Kerana merekalah makanan tersedia!


selamat berjuang..sampai jumpa lagi..

No comments:

Post a Comment